Copy
View this email in your browser
KitaJaga.co Recap 2021!
2021 merupakan tahun keramat bagi KitaJaga.co. Kami bermula dengan keinginan membantu golongan memerlukan ketika tercetusnya gerakan kibar bendera putih pada PKP 3.0. Pasukan developer kami Achan, Edo, Hisyam & Basyrun berhempas pulas membangunkan KitaJaga.co sepanjang hujung minggu ketika PKP 3.0 diumumkan. Tanpa kegigihan mereka, KitaJaga.co tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang. Matlamat kami bukan sahaja ingin membantu mereka yang dalam kesusahan, malah juga ingin membantu golongan yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui KitaJaga.co.
Antara rakan kerjasama kami:
-GoGet
-GlobalSedekah
-Getorders
-AirAsia Fresh
-Tapaw
-Ommafoody
 
Kempen yang telah kami laksanakan:
-Kempen Bendera Ungu
-Kempen Back to School (BTS)
-Kempen KitaJaga.co X Ikhlas
-Kempen Banjir

 
Kami sentiasa melakukan perbaharuan bagi memudahkan pengguna melayari aplikasi kami. Kami berharap tahun 2022, rakyat Malaysia sentiasa  menyokong usaha murni kami dalam mengekalkan KitaJaga.co dan bersama membantu lebih ramai orang yang dalam kesusahan. 
Let's go Malaysia!
DERMA BANJIR KILAT

Seperti yang kita tahu, kitajaga.co sudah pun melancarkan platform terbaru bagi membantu mangsa-mangsa banjir melalui laman sesawang kitajaga.co/banjir

Kini, kitajaga.co memperluaskan lagi fungsi bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan terpakai secara percuma ataupun dengan secara murah
Menariknya kali ini di kitajaga.co, pengguna boleh menjual barangan terpakai dengan harga yang murah dan berpatutan
Hal ini bertujuan untuk membantu pengguna menjana sedikit pendapatan di samping membantu mereka yang memerlukan. Oleh itu, pengguna kini boleh mendaftarkan pin di bahagian Derma Banjir Kilat dan memilih samada ingin memberikan barangan secara percuma ataupun menjual barangan dengan harga yang berpatutan.

*Sila rujuk gambaran di bawah
Bagi pilihan "Saya Menjual", pengguna dikehendaki meletakkan harga dan kondisi barangan yang hendak dijual.

*Disarankan untuk meletakkan harga yang murah dan berpatutan bagi membantu mereka yang memerlukan
Selain itu, penambahan fungsi butang "Derma Banjir Kilat" di Nearby List juga diperkenalkan bagi memudahkan pengguna untuk mencari barang-barang keperluan ataupun bantuan yang dikehendaki. 

Oleh itu, pengguna tidak perlu lagi untuk mencari pin bantuan pada peta, namun dengan cara mudah, pengguna hanya boleh melihat bantuan pada butang Derma Banjir Kilat di bahagaian Nearby List sahaja.
Ingin menderma juga? Jom naikkan pin "Derma Banjir Kilat" !
kitajaga.co/banjir

JANGAN TERLEPAS PANDANG

Jika dilihat, kebanyakan pin lebih tertumpu di bahagian Lembah Klang. Namun, musibah banjir ini turut berlaku di bahagian Pantai Timur seperti di kawasan Mentakab, Kuantan dan Temerloh dan banyak lagi kawasan pedalaman yang kurang diberi perhatian.
 

Oleh itu, para pengguna dinasihati agar tidak terlepas pandang pada mereka yang memerlukan dan sama-sama membantu mereka untuk menaikkan pin Perlu Bantuan dan bagi yang ingin membantu, digalakkan untuk menaikkan pin Ingin Bantu di laman sesawang bagi memudahkan pencarian mereka yang ingin mendapatkan pertolongan.
kitajaga.co/banjir
PASCA BANJIR
 
Asbab daripada peristiwa banjir besar ini, kebanyakan dari mangsa telah hilang tempat berteduh dan barangan-barangan rumah turut mengalami kerosakan yang serious. Ada di antaranya yang tidak dapat diselamatkan, tidak dapat diguna pakai semula dan akhirnya dibuang begitu sahaja.
Oleh itu, kitajaga.co/banjir membuka ruang yang mudah bagi mangsa-mangsa banjir mendapatkan bantuan di samping memudahkan pengguna yang ingin membantu dari segi tenaga, wang ringgit, barang-barang makanan, barang-barang keperluan dan sebagainya.

Selamat menderma & menjual!

P/s: Sila berikan barang dalam keadaan baik kerana kita tidak mahu mengecewakan mana-mana pihak, bukan?

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, ataupun ingin menjadi sukarelawan banjir jangan lupa mendaftar pin anda di KitaJaga.co/banjir. 
kitajaga.co/banjir
#oneflagaday
Bantu satu bendera satu hari di KitaJaga.co!
Twitter
Facebook
Website
Email
Instagram
Jom bantu sebarkan kempen ini kepada keluarga dan rakan-rakan
Click Here to Subscribe
Copyright © *kitajaga.co*, All rights reserved.

Our mailing address is:
kitajaga@terato.com

Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list.






This email was sent to <<Email Address>>
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
KitaJaga · 805A 1st Floor Bangi Business Park Off · Persiaran Kemajuan, Taman Persiaran Bangi · Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 · Malaysia

Email Marketing Powered by Mailchimp